Wednesday, April 1, 2009

Politik...politik


MMmm...kehangatan pilihanraya sedang berlangsung...dimana ya ? ohh...di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batai Ai....mmmm...Politik memang pelik kerana yang menganggotainya terdiri daripada orang-orang yang pelik. Malaysia dikatakan mengamalkan sistem demokrasi namun perlaksanaannya dilihat tidak mengambarkan sifat demokrasi yang sebenar. Sebuah parti yang cuba memperjuangkan Islam cuba digambarkan sebagai parti yang mundur dengan sikap yang tidak islamik manakala sebuah parti yang memperjuangkan semangat kebangsaan digambarkan sebagai sebuah parti yang tulus memperjuangkan bangsa dan agamanya. Sedang hakikatnya kedua-dua gambaran yang diberi jauh meleset sama sekali. Dikala berlakunya krisis perlembagaan di Perak, disana perbagai isu diutarakan untuk menarik simpati pengundi untuk mengudi calon mereka. Isu raja-raja Melayu merupakan antara topik yang hangat diperkatakan. Umum mengetahui bahawa Masyarakat sememangnya amat menyanjung tinggi raja-raja. Demikian juga masyarakat Melayu yang amat taat pada perintah rajanya. Inilah yang digambarkan oleh hikayat-hikayat dahulukala sepertimana kisah Hang Tuah dan lain-lainnya.


Kedudukan raja-raja Melayu mula tergugat dizaman era pemerintahan Perdana Menteri dari Parti Penegak Kebangsaan. Parti Kebangsaan yang memerintah ketika itu yang kononnya menyanjung tinggi Raja-Raja Melayu inilah yang telah menghunus kerisnya bagi mengurangkan kuasa Raja-Raja. Penentangan para penyokong parti kebangsaan di Terengganu satu ketika dahulu melihatkan betapa mereka menyelar Tuanku Sultan Terengganu dengan perkataan yang penuh penderhakaan apabila Tuanku Sultan tidak menerima calon pilihan mereka sebagai Menteri Besar. Kini apabila berlaku Krisis di Perak, di pihak parti Kebangsan digambarkan seolah-olah sebuah parti yang sangat mentaati Raja manakala di pihak Parti yang lain digambarkan seolah-olah mengkhianatinya....sedangkan sejarah membuktikan apa yang berlaku adalah sebaliknya. Para penyokong parti Islam tidak pernah menggelar Tuanku dengan perkataan yang tidak sepatutnya sepertimana yang berlaku di Terengganu satu ketika dahulu.


Ahli-ahli politik sanggup bersandiwara dan berlakon demi untuk meraih pangkat sedangkan jika dilihat disudut Islam, jawatan dan pangkat bukanlah satu kemegahan tetapi adalah merupakan satu bebanan yang sangat ditakuti. Para pemimpin dari Parti yang ingin menegakkan Islam dan kebenarannya sering ditohmah dengan seribu satu fitnah yang kadang kala dilihat seolah-olah benar-benar dilakukan sedang parti kebangsaan digambarkan bagi malaikat yang tidak pernah melakukan kesilapan. Kekerasan yang dilakukan ditutupi dengan perbagai cerita untuk menghalalkannya. Bukan sahaja kekerasan, rasuah yang berleluasa malah muzik menjadi alat untuk menjauhkan masyarakatnya dengan hidayah Allah. Padanya wujud generasi yang mempertikaikan generasi ulama' yang mendatangkan fitnah pada agama. Para pemimpin yang mengaut kekayaan negara. Kesemuanya ini seolah-olah mengambarkan peringatan nabi buat ummat ini sepertimana sabdanya, Daripada Ali b. Abi Thalib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:


"Apabila ummat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:-



  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tetentu.


  2. Apabila amanah (kepimpinan) dijadikan sumber keuntungan


  3. Zakat dijadikan hutang


  4. Suami memperturutkan kehendak isterinya.


  5. Anak derhaka kepada ibunya


  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya


  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya


  8. Suara sudah ditinggalkan di dalam masjid


  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.


  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya


  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat


  12. Kain sutera banyak dipakai (golongan lelaki)


  13. Para artis disanjung-sanjung


  14. Muzik banyak dimainkan


  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan dirobah menjadi makhluk lain"


(Hadis Riwayat at-Tirmizi)


Semoga kita berhati-hati ketika memilih pemimpin. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah

No comments: