Lama dah tak tulis dalam blog ni...tapi inilah topik yang nak dibincangkan disini...harta HALAL atau HARAM? Fitrah manusia inginkan harta tapi Islam memberi panduan dan penetapan hanya harta HALAL yang wajib diambil dan setiap HARTA yang diperolehi akan dipersoalkan kelak. Suasana ekonomi yang tidak menentu kini tentunya menyukarkan para graduan dan adik-adik yang masih belum mendapat sebarang pekerjaan. Tentunya diakhirnya sigraduan akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sumber rezeki. Dalam usaha mencari sumber rezeki hendaklah diperhatikan dan diperhalusi apakah rezeki yang bakal diperolehi daripada sumber yang HALAL ataupun dari sumber yang sebaliknya. Dunia penipu hari ini sekiranya kita tidak berhati-hati akan menjerumuskan kita pada perkara subhat, gharar dan seterusnya kepada HARAM. Perbagai tektik perniagaan diperkenalkan. Perniagaan adalah satu pekerjaan Halal lagi diberkati namun kewujudan sistem MLM (Multi Level Marketing) pada hari ini yang kadang-kala keuntungan yang diperolehi diluar logik akal memerlukan kita semua bertindak berhati-hati dalam menyertainya. Fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM mahupun Majlis Fatwa Antarabangsa perlu diteliti dan difahami agar kita sentiasa memperolehi harta Halal seperti disyariatkan. Bukan semua sistem MLM Haram, namun terdapat sesetengah sistemnya seolah-olah mengenakan caj keuntungan berlipat ganda untuk diagihkan kepada upline dan downline ini merupakan satu penindasan dalam perniagaan dan inilah yang tidak dibernarkan oleh Islam. Selain itu jenis produk yang ingin dijual hendaklah dipastikan merupakan produk yang HALAL serta tidak mendatangkan kemudharatan kepada pengguna. Malaysia kini dihamparka dengan perbagai produk MLM luar negara yang mana sebagai seorang graduan yang telah memiliki ijazah sepatutnya melakukan penilaian terlebih dahulu keatas sistem MLM dan jenis produk yang hendak dijual. Hari ini untuk mendapatkan maklumat kebaikan dan keburukan sesuatu produk bukanlah menjadi masalah disebabkan kewujudan internet memberi ruang luas untuk kita berfikir dan melakukan sdikit kajian rambang. Jangan biarkan kita tergolong dalam hadis nabi yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a berkata. Bersabda Rasulullah S.A.W: "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapat harta. Apakah dari sumber yang HALAL ataupun HARAM" Riwayat An Nasaie |
Sunday, April 19, 2009
Harta HALAL atau HARAM ?
Tuesday, April 7, 2009
Allahuakbar!! -Takbir atas Kemenagan Pejuang Islam
Syukur ke hadrat Allah kerana telah memberikan kemenagan kepada pejuang Islam dalam pilihanraya baru-baru ini. Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”.
(al-Hajj : 40-41)
Semoga kemenangan ini menjadikan titik permulaan untuk kemenangan yang lebih besar pada pilihanraya umum akan datang...amin ya rabbal alamin...
Kepada sahabat-sahabat yang turut membantu kemengangan di Bukit Gantang...syabas dan tahniah atas usaha dan kerjasama kalian, pohon kemaafan kerana ana tidak dapat menurut serta hanya doa dikirimkan dan kejayaan ini tentunya lebih bermakna buat kalian semua.
Wednesday, April 1, 2009
Politik...politik

MMmm...kehangatan pilihanraya sedang berlangsung...dimana ya ? ohh...di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batai Ai....mmmm...Politik memang pelik kerana yang menganggotainya terdiri daripada orang-orang yang pelik. Malaysia dikatakan mengamalkan sistem demokrasi namun perlaksanaannya dilihat tidak mengambarkan sifat demokrasi yang sebenar. Sebuah parti yang cuba memperjuangkan Islam cuba digambarkan sebagai parti yang mundur dengan sikap yang tidak islamik manakala sebuah parti yang memperjuangkan semangat kebangsaan digambarkan sebagai sebuah parti yang tulus memperjuangkan bangsa dan agamanya. Sedang hakikatnya kedua-dua gambaran yang diberi jauh meleset sama sekali. Dikala berlakunya krisis perlembagaan di Perak, disana perbagai isu diutarakan untuk menarik simpati pengundi untuk mengudi calon mereka. Isu raja-raja Melayu merupakan antara topik yang hangat diperkatakan. Umum mengetahui bahawa Masyarakat sememangnya amat menyanjung tinggi raja-raja. Demikian juga masyarakat Melayu yang amat taat pada perintah rajanya. Inilah yang digambarkan oleh hikayat-hikayat dahulukala sepertimana kisah Hang Tuah dan lain-lainnya.
Kedudukan raja-raja Melayu mula tergugat dizaman era pemerintahan Perdana Menteri dari Parti Penegak Kebangsaan. Parti Kebangsaan yang memerintah ketika itu yang kononnya menyanjung tinggi Raja-Raja Melayu inilah yang telah menghunus kerisnya bagi mengurangkan kuasa Raja-Raja. Penentangan para penyokong parti kebangsaan di Terengganu satu ketika dahulu melihatkan betapa mereka menyelar Tuanku Sultan Terengganu dengan perkataan yang penuh penderhakaan apabila Tuanku Sultan tidak menerima calon pilihan mereka sebagai Menteri Besar. Kini apabila berlaku Krisis di Perak, di pihak parti Kebangsan digambarkan seolah-olah sebuah parti yang sangat mentaati Raja manakala di pihak Parti yang lain digambarkan seolah-olah mengkhianatinya....sedangkan sejarah membuktikan apa yang berlaku adalah sebaliknya. Para penyokong parti Islam tidak pernah menggelar Tuanku dengan perkataan yang tidak sepatutnya sepertimana yang berlaku di Terengganu satu ketika dahulu.
Ahli-ahli politik sanggup bersandiwara dan berlakon demi untuk meraih pangkat sedangkan jika dilihat disudut Islam, jawatan dan pangkat bukanlah satu kemegahan tetapi adalah merupakan satu bebanan yang sangat ditakuti. Para pemimpin dari Parti yang ingin menegakkan Islam dan kebenarannya sering ditohmah dengan seribu satu fitnah yang kadang kala dilihat seolah-olah benar-benar dilakukan sedang parti kebangsaan digambarkan bagi malaikat yang tidak pernah melakukan kesilapan. Kekerasan yang dilakukan ditutupi dengan perbagai cerita untuk menghalalkannya. Bukan sahaja kekerasan, rasuah yang berleluasa malah muzik menjadi alat untuk menjauhkan masyarakatnya dengan hidayah Allah. Padanya wujud generasi yang mempertikaikan generasi ulama' yang mendatangkan fitnah pada agama. Para pemimpin yang mengaut kekayaan negara. Kesemuanya ini seolah-olah mengambarkan peringatan nabi buat ummat ini sepertimana sabdanya, Daripada Ali b. Abi Thalib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Apabila ummat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:-
- Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tetentu.
- Apabila amanah (kepimpinan) dijadikan sumber keuntungan
- Zakat dijadikan hutang
- Suami memperturutkan kehendak isterinya.
- Anak derhaka kepada ibunya
- Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
- Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
- Suara sudah ditinggalkan di dalam masjid
- Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
- Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
- Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
- Kain sutera banyak dipakai (golongan lelaki)
- Para artis disanjung-sanjung
- Muzik banyak dimainkan
- Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan dirobah menjadi makhluk lain"
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Semoga kita berhati-hati ketika memilih pemimpin. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)