Sunday, April 19, 2009

Harta HALAL atau HARAM ?

Lama dah tak tulis dalam blog ni...tapi inilah topik yang nak dibincangkan disini...harta HALAL atau HARAM? Fitrah manusia inginkan harta tapi Islam memberi panduan dan penetapan hanya harta HALAL yang wajib diambil dan setiap HARTA yang diperolehi akan dipersoalkan kelak.
Suasana ekonomi yang tidak menentu kini tentunya menyukarkan para graduan dan adik-adik yang masih belum mendapat sebarang pekerjaan. Tentunya diakhirnya sigraduan akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sumber rezeki. Dalam usaha mencari sumber rezeki hendaklah diperhatikan dan diperhalusi apakah rezeki yang bakal diperolehi daripada sumber yang HALAL ataupun dari sumber yang sebaliknya. Dunia penipu hari ini sekiranya kita tidak berhati-hati akan menjerumuskan kita pada perkara subhat, gharar dan seterusnya kepada HARAM. Perbagai tektik perniagaan diperkenalkan. Perniagaan adalah satu pekerjaan Halal lagi diberkati namun kewujudan sistem MLM (Multi Level Marketing) pada hari ini yang kadang-kala keuntungan yang diperolehi diluar logik akal memerlukan kita semua bertindak berhati-hati dalam menyertainya. Fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM mahupun Majlis Fatwa Antarabangsa perlu diteliti dan difahami agar kita sentiasa memperolehi harta Halal seperti disyariatkan. Bukan semua sistem MLM Haram, namun terdapat sesetengah sistemnya seolah-olah mengenakan caj keuntungan berlipat ganda untuk diagihkan kepada upline dan downline ini merupakan satu penindasan dalam perniagaan dan inilah yang tidak dibernarkan oleh Islam.
Selain itu jenis produk yang ingin dijual hendaklah dipastikan merupakan produk yang HALAL serta tidak mendatangkan kemudharatan kepada pengguna.
Malaysia kini dihamparka dengan perbagai produk MLM luar negara yang mana sebagai seorang graduan yang telah memiliki ijazah sepatutnya melakukan penilaian terlebih dahulu keatas sistem MLM dan jenis produk yang hendak dijual. Hari ini untuk mendapatkan maklumat kebaikan dan keburukan sesuatu produk bukanlah menjadi masalah disebabkan kewujudan internet memberi ruang luas untuk kita berfikir dan melakukan sdikit kajian rambang. Jangan biarkan kita tergolong dalam hadis nabi yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah r.a berkata. Bersabda Rasulullah S.A.W:
"Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapat harta. Apakah dari sumber yang HALAL ataupun HARAM"
Riwayat An Nasaie

No comments: