Tuesday, May 12, 2009

'Berikan kuasa kepada rakyat semula':SUHAKAM

KUALA LUMPUR 12 Mei - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat krisis politik di Perak tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa diberikan semula kepada rakyat.
Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, andaian tersebut berdasarkan beberapa kejadian yang berlaku selepas pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar diikuti kejadian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei lalu.
Beliau berkata, Mahkamah Tinggi yang memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah semalam juga menyukarkan proses pemulihan krisis politik di Perak.
Sehubungan itu beliau memetik kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh yang menyifatkan keadaan politik di Perak telah sampai ke satu tahap yang memerlukan rakyat membuat pemilihan semula.
"Artikel 21 Perisytiharan Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kehendak rakyat akan dijadikan asas kuasa kepada kerajaan," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari dan sesi perjumpaan Suhakam Bersama Media 2009 di sini hari ini.
Abu Talib menambah, mungkin masanya telah tiba untuk rakyat Perak diberikan peluang melaksanakan hak memilih semula kerajaan yang menjadi asas kepada hak asasi manusia.
Menurut beliau, hanya kerajaan yang stabil dapat memastikan hak untuk menikmati keharmonian dan mencapai kemajuan boleh dicapai.
Beliau juga berharap kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedia mendengar perbezaan pandangan di samping bersikap toleransi dan menerima demonstrasi awam yang menentang dasar dan tindakan tidak popular.
Sumber: Utusan Malaysia

Bubar DUN pilihan terbaik Sultan - Husam

KUALA LUMPUR 12 Mei - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan pilihan terbaik Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi mengembalikan semula penghormatan rakyat terhadap institusi raja di negeri itu.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, sekarang masanya untuk baginda menunjukkan kesaksamaan sekali gus berpeluang untuk keluar daripada kemelut dengan tahap imej lebih tinggi.
Beliau berkata, institusi diraja Perak yang amat dihormati sebelum ini juga mempunyai peluang tersendiri menunjukkan kesaksamaan.
"Institusi ini tidak harus dilihat bertindak memihak kepada satu golongan tetapi bertindak berteraskan peraturan dan undang-undang. Prinsip-prinsip demokrasi harus dihormati.
"Peluang institusi diraja Perak keluar dari kemelut ini dengan tahap imej yang lebih tinggi adalah terbuka luas. Bubarkan saja DUN Perak dan biarkan rakyat memutuskan penghakiman mereka," katanya dipetik daripada laman blognya, husammusa.com.
Mahkamah Tinggi semalam memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.
Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali hari ini membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Husam menambah, pembubaran itu tidak semestinya menguntungkan Pas dan pakatan pembangkang kerana rakyat Perak kelak tidak semestinya akan kembali mengundi mereka.
"Apa pun, pembubaran DUN tetap langkah terpuji yang membuktikan Pas dan pakatan pembangkang adalah pemain demokrasi yang jujur dan cermat serta berani meletakkan rakyat di tempat teratas. Kuasa bukan segala-galanya tetapi prinsip-prinsip utama lebih didahulukan," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia

Harga petrol RON97 naik 20 sen

PUTRAJAYA 12 Mei - Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.
Langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.
Ia bagi menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas tarikh berkenaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan termasuk yang berkuasa tinggi tidak perlu risau dengan kenaikan RON97 kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan minyak RON95.
''Kelebihannya RON95 adalah lebih baik daripada RON92 dengan harganya tidak jauh berbeza.
''Tujuannya ialah untuk menyediakan rakyat dengan minyak yang dari segi prestasi serta kualitinya lebih tinggi dan semua kenderaan termasuk yang selama ini menggunakan RON97 boleh mendapatkan minyak dengan harga lebih rendah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan minyak petrol RON95 di stesen minyak Petronas di Presint 9D di sini hari ini.
Petronas Dagangan Berhad berjaya merealisasikan pengeluaran RON95 apabila mulai hari ini dan esok, dua stesen minyak Petronas di Presint 9 di sini mula menjual minyak jenis itu atau dikenali Primax95.
Berkuat kuasa 1 September ini, semua stesen minyak di seluruh negara akan menjual minyak RON95 termasuk pelaksanaan spesifikasi EURO2M bagi petrol dan diesel dalam pasaran.
Sebelum ini, penjualan RON92 adalah lebih rendah iaitu lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol di negara ini sejak tahun 2000.
Spesifikasi minimum bagi kebanyakan enjin kenderaan yang digunakan di negara ini adalah RON91.
Menurut Ismail Sabri, penggunaan petrol RON97 yang besar selama ini adalah satu bentuk pembaziran kerana kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah menggunakan RON yang lebih rendah.
''Keadaan ini menggambarkan bahawa pengguna di negara ini tidak mendapat maklumat yang lebih tepat mengenai produk petrol yang sesuai untuk enjin kenderaan mereka," katanya.
Dalam pada itu beliau menjelaskan, kerajaan sebenarnya tetap memberikan subsidi bagi minyak RON95 iaitu tiga sen seliter sebagaimana sekarang RON97 yang diberikan subsidi sebanyak enam sen seliter.
''Kita tidak boleh kata apabila RON97 dijual dengan harga RM2, kerajaan akan membuat keuntungan kerana trend harga minyak dunia sekarang sedang naik.
''Apa yang penting, harga minyak yang kita tentukan itu tetap akan kekal meskipun harga minyak dunia mungkin mengalami peningkatan," katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri enggan mengulas ketika ditanya adakah kerajaan mengalami tekanan daripada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) bagi menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 20 sen.
Sebaliknya, beliau mahu orang ramai memberikan tumpuan kepada pengenalan RON95 yang lebih murah berbanding RON97 atau produk petrol premium yang lain.
''Sebenarnya sebelum ini sudah ada produk premium seperti V-Power yang dijual oleh Shell dengan harganya lebih tinggi dan ia tidak dikawal oleh kerajaan.
''Biarpun tidak dikawal tetapi setiap kali ada cadangan untuk menaikkan harga, syarikat minyak perlu membincangkannya dengan kerajaan," katanya.
-Sumber : Utusan Malaysia

Minyak Naik Lagi!!!

Minyak Naik Lagi !!! inilah harga yang perlu dibayar oleh rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional dibawah keoimpinan DS Najib Tun Razak!! Hebat hebat...tanpa adanya kesan kenaikan harga minyak dunia...tub-tub harga minyak negara naik tak fasal-fasal dengan kadar 20 sen seliter. Kerajaan memperkenalkan minyak RON 95 bagi menggantikan RON 92 yang mana sebagai alternatif kepada rakyat yang merasakan kenaiakan harga RON 97 sebanyak 20 sen tersebut. RON 97 akan dijual pada harga RM 2.00 sedangkan harganya kini RM 1.80. Manakala RON 95 akan dijual pada harga RM1.75 sedangkan harganya sepatutnya mungkin lebih rendah lagi....dalam keadaan kelembapan ekonomi global....dalam mana rakyat sukar mendapatkan pekerjaan rakyat dibebankan lagi dengan kenaiakan harga minyak untuk menambah pendapatan negara. Pilihan dan hambatan kepada RON 95 mungkin menyebabkan rakyat kurang merasai kesannya. Numun kualiti yang rendah minyak RON 95 berbanding RON 97 terpaksa dibayar oleh rakyat dengan harga yang tidak setimpal dengannya. Rakyat diwawarkan juga dengan kenyataan harga tersebut telah disubsidikan sedang hakikat berapa nilai subsidi itupun tidak diketahui oleh rakyat apakah benar atau sebaliknya. Suatu hari nanti, apabila minyak dipasaran dunia mula melambung...maka rakyat terpaksa membayar lagi harga minyak yang tinggi sedangkan kini harga minyak telah pun dinaikkan.
Harga barangan, roti canai dan sebagainya masih tidak turun seperti dahulu. Kalau dulu bila mana RON 97 berharga RM 1.92 harga roto canai adalah sekitar 60 sen dan sejak kenaikan sehinggalah kepada penurunan RON 97 kepada RM 1.80 harga roti canai tetap sebanyak 80 sen. Lihatlah betapa bebanya rakyat setiap kali harga minyak dinaikkan. Menteri-menteri mungkin tak dapat merasai penderitaan rakyat disebabkan mereka (para menteri) terdiri daripada keluarga berada. wallahua'lam

Krisis Perak

Krisis di Perak semamangnya telah dijangka akan terus menerus berlarutan. Tengok sahaja kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak yang kononnya BN punyai hujah kukuh untuk memenangi kes walaupun Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan Dato' Seri Ir Nizar b. Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Inilah sikap Umno dan BN yang menjelekkan. Sudahlah sentiasa buat kacau dan memutarbelitkan fakta. Memerintah Perak secara HARAM. Pada awalnya Dr Zambry berkata akan menerima keputusan Mahkamah...tapi tindakannya mengfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi semalam menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional tidak boleh menerima hakikat tindakan HARAMnya dan terusa menerus dengan rakusnya untuk memerintah negeri Perak secara Haram!!
Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri dan barisan kepimpinan UMNO yang lain jelas menunjukkan ada kemungkinan sebaliknya akan berlaku dalam keputusan penghakiman kelak...wallahua'lam. Semaga kerajaan UMNO dan BN akan mengalami kehancuran dan kekalahan pada pilihanraya akan datang!! Aminnn

Monday, May 11, 2009

Tahniah Kepada DS Nizar!!








Tahniah kepada Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar b. Jamaluddin diatas kemenangan dalam keputusan mahkamah pada petang tadi. Walaubagaimana pun, semua para penyokong gerakan Islam dan Pakatan Rakyat hendaklah sentiasa berwaspada dengan propaganda pemerintah serta permintaan rayuan mereka kelak. Kemenagan ini menunjukkan lagi muka tak tahu malu para penyokong, pengikut dan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang sengaja buta undang-undang!! Kemenangan ini juga membuka mata pada SS Dato' Mufti Perak yang menyerang DS Nizar, pegawai-pegawai kerajaan termasuk Dato' SS yang menunjukkan berang dan sikap tidak sewajarnya hanya kerana permainan politik kotor UMNO dan Barisan Nasional. Semoga keputusaan ini membuka mata hati rakyat Perak dan Malaysia seluruhnya. Moga agama ini akan menyinari bumi ini satu masa nanti.

Saturday, May 9, 2009

Komen dari sesetengah pihak

Ini saya sertakan beberapa komen tentang herbalife:-

Assalamualaikum,Merujuk kepada komen artikel ubat tradisional yang tidak tradisional. Ini adalah respon daripada Dr Siti a.k.a Mak Iti Kawan Yus, kawan saya daripada salah sebuah pusat kajian perubatan di Malaysia ini melalui email kepada saya. Respon beliau ini adalah tentang satu literature daripada Science Direct tentang satu kajian daripada Liver unit, Hadassah-Hebrew University Medical Centre, Israel tentang produk Herbalife (lihat ruangan komen). Saya rasa ini adalah retrospective study. Menurut pendapat seorang pembaca (Dr Shiha) yang memberi komen, study tentang herbalife ini tidak valid kerana bukan melalui Random Clinical Trial. Saya amat-amat bersetuju dengan pendapat Dr. Shiha yang juga amat berpengalaman di dalam bidang kajian perubatan. Terima kasih Dr. Shiha. "Satu lagi, pasal artikel dari ScienceDirect (Herbalife) kat atas tu. Selagi tak buat Randomized Clinical Trial, the study is not so strong. Boleh masuk kategori Case Studies or anecdotal aje. However, it is good if we can do RCT on that - barulah valid. Wasalam. " - Dr ShihaNamun begitu, saya juga ingin tahu apakah kesan kajian ini kepada pengguna. Oleh kerana saya sendiri pun tidak mahir di dalam bidang kajian klinikal, maka saya meminta respon daripada Dr Siti sendiri. Berikut adalah jawapan beliau (teks warna biru adalah tambahan daripada saya) :-" Assalamualaikum, Sebenarnya article dari Israel yang saya forward kat awak tu bukan saya sengaja cari kat science direct (accessed only with password-paid journal), tapi kawan yang pass kat saya. Saya tak pernah gi Israel tapi tengok dari Semenanjung Sinai, Mesir adalah sebab belajar kat sana. Memang hebat marketing herbalife hingga tahun 2006 company meraih keuntungan 3.1 billion.So dalam pencarian saya dalam science direct tu, saya terjumpa beberapa lagi artikel yang berkenaan yang melaporkan acute hepatotoxicity (kerosakan hati akut) disebabkan oleh herbalife.Saya tak skeptik dgn perubatan herba bahkan saya pun dulu keje kat pusat penyelidikan perubatan herba, dan dalam menambahkan pengetahuan saya tu ada beberapa point yang menarik :1. Perubatan sekarang ini hampir 70% berasal daripada herba i.e vincristine, vinblastine berasal daripada kemunting cina (vincristine dan vinblastine ada digunakan sebagai ubat untuk rawatan cancer)2. Utk menghasilkan ubat daripada herba memerlukan sekumpulan pakar yang komited, dan belanja yang maha tinggi3. Proses penghasilan ubatan perlu melalui clinical trial [url]http://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=46448:[/url] dan clinical trial ini sendiri bukan satu proses yang mudah4. Perlu diingat ubat-ubat yang didaftarkan memang perlu melalui clinical trial yang ada 4 fasa sedangkan supplement tidak perlu kepada ini semua. Rujuk artikel Felix Stickel yang saya attachkan sekali.5. Pendaftaran melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan utk company dapatkan nombor pendaftaran MAL tu hanya check seperti heavy metal, pencemaran microbacterial, adulterants, steroid dll. adakalanya company ni pandai dia campurkan sildenafil pada kapsul tongkat ali so miss detection.6. Sedikit mengenai preclinical safety evaluation utk herba yang meliputi toxicology dan pharmacology aspect. Ia meliputi in vitro mutagenicity dan in vivo general toxicity secara acute, subacute dan chronic (ia akan gunakan haiwan mengikut tahap, diberi dose herba selepas cukup masa akan disacrifice dan akan dibedahsiasat utk melihat kesan-kesan kepada keseluruhan organ. Di sini penyelidik akan dapat melihat 'sedikit' gambaran akan dos herba yang toksik kepada binatang. Ia bertujuan untuk mengenalpasti safe starting dose pada human volunteer (clinical trial).7. Tahun 2004 ada ubat yang ditarik dari market (vioxx rasanya) sebab daripada phase 4 clinical trial (marketing surveillance) ada banyak adverse effect yang direport oleh pengguna.8. kesimpulan dari artikel Israel tu dia tak condemn langsung herbalife tapi mereka meminta prospective evaluation of Herbalife products for possible hepatotoxicity. Until then, caution should be exercised by consumers, especially among individuals suffering from underlying liver disease.Kalau ikutkan scientific evidence paling tinggi adalah meta-analysis on RCT (baca semua RCT dan analysekan semuanya).Kuat tak kuat methodology paper ni bukan itu isunya tapi apa yang dipaparkan tu cukup kuat sebagai bukti di mahkamah.Kalau dia nak pergi RCT pun at least kena tahu the safe starting dose herbalife kepada human volunteers.Apa pula yang cuba disembunyikan oleh company herbalife tu bila researcher tu tanya composition dalam herbalife tu? (refer artikel Felix Stickel) --- (**Tuan punya blog tidak siarkan --- cuma kepada sesiapa yang berminat boleh email.)Kesimpulan saya forwardkan artikel tersebut utk menasihatkan pelawat blog dan manusia lainnya supaya berhati-hati sebab company herba punya motto "herba adalah bahan natural jadi ia selamat" bagi saya sangat-sangat salah. Sedangkan pegaga pun ada adverse effect dia kalau makan banyak2.Dan saya rasa saya dah menyelamatkan penjual herbalife dari risiko kena saman kalau ada pelanggan yang dapat hepatotoxicity hasil makan herbalife. Sebab artikel ini dah lama wujud di internet.Sekian.,Mak Iti kawan Yus. " Kesimpulannya, kepada pengguna produk ini yang mempunyai masalah hati, kenalah berhati-hati kerana retrospective study ini (walaupun tidak kuat) menunjukkan masalah hati kepada mereka yang menggunakannya. Tujuan artikel ini dikeluarkan bukan untuk merugikan bisnes mana-mana pihak. Ini sekadar untuk menambah pengetahuan dan berkongsi ilmu. Semua orang patut tahu tentang apa supplement yang mereka telan setiap hari. Berhati-hati ketika memakan apa-apa produk pun kerana di sebalik sebutan "tradisional" atau "herba" itu juga mungkin ada masalah di sebaliknya. Terima kasih Dr. Siti di atas penerangan di atas.