Assalamualaikum semua yang melawat blog ini. Isu kerja kerajaan atau swasta memang selalu diperkatakan orang. Ada kata kerja swasta teruk dan membebankan dan kerja kerajaan senang dan mudah....malah ada yang kata semua orang yang kerja kerajaan ni senang dan makan gaji buta....betul ke begitu ?? hairan....hairan apabila orang kerja swasta membebel dan menilai kakitangan kerajaan dengan sebegitu rupa....
Saya pernah kerja swasta dan pernah juga kerja kerajaan...walaupun sekejab sahaja. Sebenarnya sememangnya ada beberapa perbezaan antara cara kerja swasta dengan kakitangan kerajaan. Tetapi mengatakan orang kerja kerajaan sebagai malas, makan gaji buta dan perbagai tuduhan negatif adalah satu perbuatan yang melampau dan tidak patut. Sebenatrnya malas dan perkara yang sewaktu ddengannya itu berlaku adalah atas sikap individi tersebut samada kakitangan swasta mahupun kerajaan. Bagi kakitangan swasta, sikap curi tulang ini dilakukan dengan berlakon dihadapan bos...bila bos datang dan dan buat-buat banyak kerja....longgokkan fail banyak-banyak atas meja dengan harapan bos tak bagi kerja lagi....hah...tukan curi tulang namanya....kan malas juga namanya tu ?? ni pengakuan dari kakitangan swasta sebdiri....cumanya saya akui beban kerja kakitangan swasta selalunya lebih daripada kakitangan kerajaan....kerana apa? kerana swasta berorentasikan perniagaan...orang berniaga tentunya nakkan modal yang sedikit tapi menghasilkan output atau untung yang banyak. Sebab itu syarikat swasta biasanya tidak mengambil kakitangan yang ramai dan dengan kakitangan yang sedikit itu keringatnya diperah habis-habisan. Nisbah beban kerja, kiranya satu kerja itu perlu dilakukan 2 atau 3 orang, biasanya ia hanya dilakukan oleh seorang sahaja untuk memaksimakan keuntungan kepada syarikat. Dengan itu, syarikat boleh bayar gaji yang besar pada pekerjanya yang seorang tu...kan kaya bos dan syarikat....tak perlu bayar gaji untuk tiga orang....kalau ambik 3 orang pekerja...kalau seorang dibayar RM 500... 3 orang dah RM 1500...tapi kalau ambik seorang yang boleh buat kerja untuk 3 orang....syarikat sanggup bayar RM 1000 sekalipun sebab dia dah jimat RM 500.....Jadi orang kerja swasta sentiasa ada kerja...tak macam kakitangan kerajaan...biasanya kakitangan kerajaan beban kerjanya adalah ikut keperluan...kerja 1 orang untuk satu orang...walaupun kadangkala ada juga yang lebih.........Saya tak nafikan memang ada kakitangan kerajaan yang suka curi tulang...tapi tak semua. Malah ramai juga yang kerja ikhlas...Beban bagi kakitangan kerajaan kadang kala tak setimpal dengan gaji yang diterima. Gaji sikit...kenaikan tahunan pun RM 60 je (bergantung pada gred jawatan) tak macam swasta....sesetengah tu sampai tiap-tiap bulan naik....bonus kerajaan tak menentu...paling tinggi pun sebulan gaji...tak macam swasta...bila bonus 2 ke 3 bulan gaji.... Kerja Kerajaan biasanya merupakan kerja berbentuk perkhidmatan. Kerja perkhidmatan ni masalahnya berulang-ulang dan sentiasa ada dalam bentuk yang berbeza-beza. Umumnya untuk memuaskan hati semua memang sukar...tapi kakitangan kerajaan sentiasa cuba membaikinya dari hari ke sehari. Perkhidmatan melalui kerajaan elektronik sebenarnya memaksa dan menambah bebankan lagi kakitangan kerajaan. Jawapan sentiasa diperlukan dalam kadar yang segera. bagi kakitangan kerajaan yang pernah berkhidmat di bahagian operasi, atau bahagian -bahagian yang melibatkan dewan negara, maka tahulah betapa presurenya kerja....setiap detik sms akan datang ke telefon bimbit untuk mendapatkan jawapan dengan kadar segera bagi memaklumkan kepada menteri atau exco berkaitan. Kakitangan kerajaan bukan sahaja tidak dimotivasikan dengan bayaran yang diterima malah dibebankan dengan bentuk kerja yang perbagai. Tidak macam swasta yang hanya menumpu pada satu-satu kerja. Jurutera swasta biasanya melakukan kerja berkaitan teknikal sahaja sebaliknya jurutera kerajaan tidak hanya melakukan kerja-kerja teknikal malah turut melakukan kerja-kerja pentadbiran...Setiap kakitangan kerajaan biasanya akan bertukar skop kerja apabila bertukar unit atau bahagian dan memaksa kakitangan kerajaan mengetahui perbagai skop kerja.
Sebenarnya baik kerja swasta mahupun kerajaan...ianya adalah pilihan individu itu sendiri...dahulu semua orang tak mahu kerja kerajaan kerana bayaran gajinya yang rendah...apabila gaji kakitangan kerajaan dinaikkan sedikit....maka mulalah kata macam-macam...jika niat kerja bukan kerana Allah...perasaan tidak puas hati akan sentiasa wujud sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment