Islam tidak pernah melarang ummatnya mengumpul harta atau memperolehi rezeki malah ianya sememangnya digalakkan. Namun, kaedah untuk memperolehi rezeki dan harta tersebut mestilah selaras dengan hukum syarak.Sejarah islam mengukir nama -nama hartawan Islam seperti Abdul Rahman b. Auf, Umar, Abu Bakar dan ramai lagi yang kesemua mereka merupakan hartawan. Namun, diakhir-akhir zaman kini, kita perlu berhati-hati dalam memiliki harta kerana bimbang-bimbang harta yang diperolehi hasil daripada perkara yang HARAM yang akhirnya mengundang azab neraka Allah. Jual beli merupakan satu perbuatan untuk mendapatkan harta namun untuk mempastikan harta yang diperolehi itu HALAL hendaklah juga dipastikan barangan yang dijual juga mestilah Halal dan kaedah pemilikan dan pindah milik harta juga mestilah HALAL tanpa ada sebarang tipu muslihat mahupun pnindasan dari sudut harga jualan yang melampau. Contohnya mudah. Jual Dadah tentunya merupakan perbuatan yang HARAM kerana dadah itu sendiri mendatangkan mudharat kepada pembeli dan penggunanya. Sebalinya menjual ubatan yang mengandungi dadah dengan kandungan tertentu untuk tujuan perubatan dan disahkan pakar bertauliah tentu sahaja harta daripada jualan tersebut sah dan Halal. Begitu juga dengan juala barangan kecantikan atau produk-produk melansing atau atas nama produk kesihatan. Perlulah sipenjual mengkaji dan meneliti terlebih dahulu apakah produk yang ingin dijual benar-benar mampu memberikan hasil yang dicanagkan atau sekadar satu tipu muslihat semata-mata? Sekiranya benar barangan tersebut mampu memberikan hasil seperti didakwa apakah ianya tidak memberi kesan sampingan kepada pengguna atau sebaliknya ? Lihat dan telitilah pada bahan kandungannya dan rujuklah pada mereka yang pakar untuk mempastikan ianya benar-benar selamat untuk digunakan. Bahan-bahan di internet atau rujuklah pada persatuan pengguna agar mereka dapat menyelidikinya. Ini penting kerana sebagai penjual dan pengesyor kita sepatutnya bertanggungjawab terhadap barangan yang kita jualkan....Sekiranya semuanya elok maka perhatikanlah pula apakah barangan yang dijual halal dari sudup bahan-bahannya ? Ini mudah. Negara kita punyai badan khas yang ditugaskan untuk mengiktiraf sesuatu produk apakah Halal atau sebaliknya. Sungguhpun kadang-kala badan ini dipertikaikan namun sekiranya produk tersebut tidak punyai pengitirafan JAKIM lebih baik kita jauhkan diri dari menjual produk berkenaan kerana keHalalannya amat diragui. Janganlah kerana inginkan harta kita dengan mudah menjual barangan tersebut tanpa diselidiki kerana bimbang-bimbang kita tergolong dalam Hadis rasulullah S.A.w yang bermaksud:- Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah S.A.W bersabda:- " Akan datang suatu zaman dimana seseorang tidak memperdulikan dari mana dia mendapatkan harta apakah daripada sumber yang HALAL atau dari sumber yang HARAM" Wallahua'lam |
Saturday, May 9, 2009
Harta HALAL atau HARAM 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment